Selasa, 20 Januari 2015

Banjir besar kelantan-aku mangsa banjir banjir

Assalamualaikum ..

entry hari ini aku nak sharekan pengalaman aku pada musim bah besar dikelantan
disember 2014



Ya Allah tak pernah terlintas di fikiran aku 
yang perkara ini akan terjadi kepada keluarga dan penduduk kampung
kami sekeluarga tinggal di kampung Manek Urai Baru Kuala Krai Kelantan
sejak tahun 60an..
dimana sebaik sahaja ayah ku tamat perkhidmatan dalam ketenteraan
kami sekeluarga terus perpindah ke sini
masa tu aku belum dilahirkan ke dunia lagi..
banyak kenangan yang tersemat di rumah itu..
aku dan kakak ku juga dilahirkan di rumah itu..


antara kenangan2 di rumah ini





pada tarikh 23/12/14 9am
air mula naik ke atas jalan raya..
berdekatan rumah aku..


23/12/14 4pm
tempat y sama...
air mula naik sampai di hadapan rumah..
masa ni banyak sangat binatang2 y keluar
misalnya kala jengking dan cacing tanah y memang jarang d lihat
berpuluh2 ekor..



23/12/14-7p.m
air mula masuk dalam rumah paras betis..
kejap sangat air mula naik..
bekalan eletrik dipotong di seluruh kampung..
kami mula mengangkat barang2 ke tempat y lebih tinggi..

23/12/14 - 830p.m
kami sekeluarga mula kemas apa2 barang yang penting
dan mula mengalihkan kereta dan motorsikal ke masjid kampung baru..
masa keluar dari rumah air mula naik paras paha..
mengharung air utk selamatkan diri..

23/12/14 - 10pm
di masjid kampung baru..
semasa kami tiba rupanya sudah ramai penduduk kampung y tlh berpindah ke masjid
termasuk penduduk kg manek urai lama
malam di sana sungguh sejuk meskipon tiada bekalan elektrik..
tidur beralaskan siku 
berhimpit antara 1 sama lain..
tidur dalam linangan air mata..



24/12/14 ---- 26/12/14





di masjid memang tak dinafikan kami kelaparan
seperti gelandangan..
semua peringkat umur ada termasuk bayi,kanak,dewasa dan warga emas..
dengan bantuan dari pihak berkuasa belum tiba..

moralnya bila Tuhan uji kita dengan musibah ini..
barulah kita sedarnya yang semua manusia adalah sama taraf disisi Tuhan..
sebesar mana rumah kamu
setinggi mana rumah kamu..
semahal mana perabot kamu..
setinggi mana pangkat kamu...
Tuhan bagi sama rata..
walaupon sebanyak mana duit y kamu ada ketika itu..
semua nya tak ada guna...
semua nya sama sahaja..


keadaan rumah aku yang sempat aku snap..
ada yang setengah dah diangkat keluar dari rumah..
masuk jer dalam ..
Ya Allah lemah lutut nie
hampir rebah..
rumah tempat kami membesar 
hampir keseluruhan barang dlm rumah ranap..
kesian mak ayah aku..
jelas kelihatan kesedihan terpancar pada wajah mereka..
rumah yang mereka bina hasil titik peluh mereka..
tempat dimana meraka besarkan kelapan-lapan anak mereka..








nie beberapa gambar selepas proses pembersihan
menggunakan water jet...
thanks for my sis y sponsor ..

tapi
aku masih tidak faham kenapa masih wujud manusia yang berhati kering..
meskipon musibah ini terjadi pd saudara seislam mereka sendiri..
aku ad baca post2 si laman sosial yang tetap mengutuk kami..
~ rumah org2 kelantan buruk
tu sebab mudah roboh
~ musibah ni sbb org kelantan banyak buat dosa..
~ mungkin ada sesetengah pihak beranggapan..
yang musibah ini akan beri benefit pd pnduduk kg..
aku memang tak paham apa yang ada di kepala otak diorang..
Allah nak tunjuk kuasa dia tak kira tempat...
dia nak sedarkan kita semua..
bukan hanya rakyat kelantan..
                                                                                                                     
for ur information
kami sedar rumah kami tidak seberapa dibandingkan dgn rumah kalian..
tapi
seburuk mana rumah yang kami ada...
disitu terletak segala kenangan..
segala kegembiraan..
segala kesedihan..
tempat kami membesar..
tempat kami belajar apa itu hidup..
anda mungkin tidak akan faham perasaan kami
sebab kami yang merasa segala pahit yang terpaksa di telan..




walaupon rumah sudah hampir 50% dibersihkan..
kami masih bergantung degan bantuan lilin 
untuk menerangi hari2 kami..


terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan..
kami amat menghargainya..