Selasa, 20 Januari 2015

Banjir besar kelantan-aku mangsa banjir banjir

Assalamualaikum ..

entry hari ini aku nak sharekan pengalaman aku pada musim bah besar dikelantan
disember 2014



Ya Allah tak pernah terlintas di fikiran aku 
yang perkara ini akan terjadi kepada keluarga dan penduduk kampung
kami sekeluarga tinggal di kampung Manek Urai Baru Kuala Krai Kelantan
sejak tahun 60an..
dimana sebaik sahaja ayah ku tamat perkhidmatan dalam ketenteraan
kami sekeluarga terus perpindah ke sini
masa tu aku belum dilahirkan ke dunia lagi..
banyak kenangan yang tersemat di rumah itu..
aku dan kakak ku juga dilahirkan di rumah itu..


antara kenangan2 di rumah ini





pada tarikh 23/12/14 9am
air mula naik ke atas jalan raya..
berdekatan rumah aku..


23/12/14 4pm
tempat y sama...
air mula naik sampai di hadapan rumah..
masa ni banyak sangat binatang2 y keluar
misalnya kala jengking dan cacing tanah y memang jarang d lihat
berpuluh2 ekor..



23/12/14-7p.m
air mula masuk dalam rumah paras betis..
kejap sangat air mula naik..
bekalan eletrik dipotong di seluruh kampung..
kami mula mengangkat barang2 ke tempat y lebih tinggi..

23/12/14 - 830p.m
kami sekeluarga mula kemas apa2 barang yang penting
dan mula mengalihkan kereta dan motorsikal ke masjid kampung baru..
masa keluar dari rumah air mula naik paras paha..
mengharung air utk selamatkan diri..

23/12/14 - 10pm
di masjid kampung baru..
semasa kami tiba rupanya sudah ramai penduduk kampung y tlh berpindah ke masjid
termasuk penduduk kg manek urai lama
malam di sana sungguh sejuk meskipon tiada bekalan elektrik..
tidur beralaskan siku 
berhimpit antara 1 sama lain..
tidur dalam linangan air mata..



24/12/14 ---- 26/12/14





di masjid memang tak dinafikan kami kelaparan
seperti gelandangan..
semua peringkat umur ada termasuk bayi,kanak,dewasa dan warga emas..
dengan bantuan dari pihak berkuasa belum tiba..

moralnya bila Tuhan uji kita dengan musibah ini..
barulah kita sedarnya yang semua manusia adalah sama taraf disisi Tuhan..
sebesar mana rumah kamu
setinggi mana rumah kamu..
semahal mana perabot kamu..
setinggi mana pangkat kamu...
Tuhan bagi sama rata..
walaupon sebanyak mana duit y kamu ada ketika itu..
semua nya tak ada guna...
semua nya sama sahaja..


keadaan rumah aku yang sempat aku snap..
ada yang setengah dah diangkat keluar dari rumah..
masuk jer dalam ..
Ya Allah lemah lutut nie
hampir rebah..
rumah tempat kami membesar 
hampir keseluruhan barang dlm rumah ranap..
kesian mak ayah aku..
jelas kelihatan kesedihan terpancar pada wajah mereka..
rumah yang mereka bina hasil titik peluh mereka..
tempat dimana meraka besarkan kelapan-lapan anak mereka..








nie beberapa gambar selepas proses pembersihan
menggunakan water jet...
thanks for my sis y sponsor ..

tapi
aku masih tidak faham kenapa masih wujud manusia yang berhati kering..
meskipon musibah ini terjadi pd saudara seislam mereka sendiri..
aku ad baca post2 si laman sosial yang tetap mengutuk kami..
~ rumah org2 kelantan buruk
tu sebab mudah roboh
~ musibah ni sbb org kelantan banyak buat dosa..
~ mungkin ada sesetengah pihak beranggapan..
yang musibah ini akan beri benefit pd pnduduk kg..
aku memang tak paham apa yang ada di kepala otak diorang..
Allah nak tunjuk kuasa dia tak kira tempat...
dia nak sedarkan kita semua..
bukan hanya rakyat kelantan..
                                                                                                                     
for ur information
kami sedar rumah kami tidak seberapa dibandingkan dgn rumah kalian..
tapi
seburuk mana rumah yang kami ada...
disitu terletak segala kenangan..
segala kegembiraan..
segala kesedihan..
tempat kami membesar..
tempat kami belajar apa itu hidup..
anda mungkin tidak akan faham perasaan kami
sebab kami yang merasa segala pahit yang terpaksa di telan..




walaupon rumah sudah hampir 50% dibersihkan..
kami masih bergantung degan bantuan lilin 
untuk menerangi hari2 kami..


terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan..
kami amat menghargainya..






Jumaat, 19 Disember 2014

musuh dalam selimut engkau

salam semua...
entry kali ini ada kaitan dengan entry sebelum ini pasal yes 4g
pagi ini akhirnya aku dapat jgk becakap dgn operater yes
setelah berpuluh2 kali aku call..

aku bgtau segala masalah y terjadi kat aku..
n then operator tu ckp mungkin ada orang yang telah mengainaya aku
someone mungkin log in aku punya yes account
sbb sebelum nie aku baru dpt detect 
yang rupanya alamat email aku selama ini salah...
bodohnya aku kenapa aku tak perasan selama ni..
email aku sbnrnya yahaoo
tapi kat yes account tulis gmail..

n then operator tu ckp dia mungkin log in account tu 
n then click forgot password
yes akan hantar link utk tukar password kat email

maksud nya jahanam tu akan guna kuota n purchase superbooster tu
dia just perlu ada  device y sme mcm aku punya
licik betul laa manusia nie..
operator ckp dlm bulan2 sebelum nie..
account aku ada bnyk kali tukar password..

kenapa aku selalu ditipu org..
whyyyyyyyyyyyyyy?????


so conclusio nya..
aku still kena byr bil2 tu
aku dah tukar password n email
mintak2 dah tak ada mslh mcm ni lagi...




Rabu, 17 Disember 2014

yes 4g macam sial

ok hari tajuk entry agak bunyi kejam,,,
memang kejam seperti apa yang yes 4g dah buat kat aku
lebih kejammm


kenapa aku selalu kena tipu ngn org..
adakah aku nie terlebih baik percayakan orang..

ok fine..nak diceritakan 
pada bulan march taun nie
aku ad beli or langgan yes 4g
sebabnya adlh kat kwsan rumah aku 
hanya ad line tenet yes shaja..
no 3g for celcom,maxis,digi or so on
so terpaksa laa aku beli benda alah tu...

aku purchase RM48/month
contract 24 month..
yes ad pilihan samada ko nak doogle or wifi punya..
yng doogle tu hnya boleh connect ngn laptop
but no contract..
that way aku choose wifi sbb ye laa msti laa on9 kat smart phone kann..


but y aku musykil setiap kali bil mesti exceed RM 48 
even aku tak pernah 
purchase menatang superbooster tu..
tp ble check ckp aku ad purchase
memang macam haram jadah laa kan..

mula2 aku sabar lagi mungkin laa aku terpuchase tanpa sedar kannn..
but semalam aku dpt sms ckp bil bulan nie RM 123 n 
kuota dah abis even baru 16 dec
which is first day utk hari kuota baru
korang bayangkan macam mne perasaan aku nak meletoppppppppppppp
keb00000000000000000000mmmm

arghhhh dah tak leh tahan..
nk terminate still dlm contract..
adlah hari tu aku mmg nk terminate menatang nie 
xkisah laa kena byr denda 100-200 ke kan
drpd aku kena hadap benda ni
tp u all tau lau aku terminate benda nie
aku still kena byr hrga bulan2 y aku terminate tu...
bayangkan laa nie bukan dah ratus tp ribu
$$$$$$$$
gila ke apa kan????
cekik darah betul 

masalah aku still xselesai2..
coverage pon low..


aku nasihatkan better korang pikir 100 kali dulu
sebelum nak langgan yes 4g nie...



seyes aku nie mangsa..
duit tak ada
pahtu kena tipu plak...

Khamis, 11 Disember 2014

DEGREE(UITM) VS DIPLOMA (SPA)

mungkin ada sesetengah orang persoalkan..
kenapa dan kenapa..
????????

tak sayang ke tinggal degree..?
tak akan menyesal ke ambik SPA dari UITM?
tak rasa penat ke kena start from bottom?
tak malu ke dgn kawan2 yang bljr degree?
lau belajar balik 3 tahun alamaknya lambat lagi kan kawin umi?
degree lagi tinggi kan taraf dari diploma SPA?


aku kadang-kadang penat nak jawab soalan2  yang datang bertubi2..
aku jujur berat rasa nak tinggal degree dlm foodservice mgt 
yang dah hampir sebati lebih 3 tahun dalam hidup..
sangat2 rumit n sukar nak buat keputusan yang melibatkan masa depan..
tapi siapa kita nak menduga rezeki yang datang dari Allah Swt..
jodoh dan rezeki telah pon tertulis di luz mahfuz...

DEGREE UITM and DIPLOMA SPA
dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2


DEGREE
(UITM)

Benefit:

-flexible time kls tak tetap kadang2 dalam sehari juz ada 2 kelas
-boleh enjoy2
-carry mark berdasarkan test dan assigment..50% carrymark %0% final
-setiap sem ada trip/lawatan
-boleh ponteng kls max 3 kls utk setiap subjek depend credit hour
-certain subjek ada yang susah ada yang senang..



Disadvantages:

-terikat dengan PTPTN..dip 15k + degree 20k =35k
-tak dijamin kerja.masih ramai graduan y mengangur



DIPLOMA 
(SPA)

Benefit:

-ada elaun tiap2 bulan .100% free
-jaminan kerja under goverment

Disadvantages:

-kls dr pagi sampai petang 8--5ptg setiap hari
-subjek2 yang susah berkaitan dengan perubatan
-masa belajar lebih banyak didedahkan dgn alam pekerjaan y sebenar


itulah antara kelebihan dan kekurangan masing2..
YA ALLAH sukarnya aku nak buat keputusan..



DEGREE  (UITM)VS DIPLOMA SPA




Khamis, 4 Disember 2014

GOOD NEW BUT IN MIX FEELING

Assalamualaikum kawan-kawan semua...


i have good new to sharing with uoillss..
based on aku punye previous post pasal pengalaman temuduga separa perubatan..
and now aku lulus temuduga separa perubatan.
yeahh!!!
pada 3/12 aku dapat email dari SPA
pada tarikh 3/12 

pada tarikh tu aku and classmate ada trip ke 
majestic hotel,kilang ajinomoto dan muzium chocolate.

mesti korang agak pelik dengan title post ni (GOOD NEW BUT IN MIX FEELING)
whyyyyy???????

alhamdulilah aku bersyukur kerana akhirnya aku lulus temuduga ini..
tetapi in the same time seyes aku rasa sedih nak tinggal kan uitm, classmate
 yg mula nk rapat n ngam..





terutama sekali sedih nk tgglkan bambam aku...

nie bambam aku...



aku dah kenal dia sejak dari diploma until sekarang..
almost 4years..
kalau aku ada kuasa akan aku bawa kau bersama2 dgn aku..
tapi apa kan daya aku xmampu..
mesti dah susah aku nak cari kawam macam dia
kawan utk gaduh..
kawan untuk bergurau..
kawan utk share story..
kawan utk bergosip..
kawan utk gila2..

aku sayang kau sahabat..

tapi
aku harus kuat untuk menghadapi perpisahan..
untuk hijrah..
kepada kebaikan..

selamat tinggal...



salam sayang 
dari aku..




Jumaat, 21 November 2014

PENGALAMAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN




SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN PADA SEMUA..


Tajuk entry aku kali nie tentang pengalaman temuduga separa perubatan..
aku nak share my experience to all of u..
aku dipanggil temuduga pada 30 oktober 2014 pukul 830pagi betempat di kota bharu dan ini adalah kali ketiga aku menghadiri sesi temuduga separa perubatan.mungkin rezeki aku belum tiba.
aku masih menuntut di uitm puncak alam dalam jurusan sarjana muda sains (kepujian) pengurusan perkhidmatan makanan semester 3.
sebab utama aku memohon SPA ialah faktor: jaminan peluang kerja,kerjaya dalam sektor awam,serta elaun yang diberikan.


kali ini SPA melakukan sedikit perubahan dimana calon akan melalui tapisan awal iaitu peperiksaan online which is seksyen A and seksyen B pada 20 hb (sabtu)  10 pagi serentak seluruh negara.
unfortunately pada tarikh itu aku perlu menyerahkan dokumen PTPTN pada pegawai .
Dengan azam y menebal dlm diri ini aku tetapkan diri untuk menjawab juga on9 test nie.

seksyen A soalan dia sgt2 susah coz ia melibatkan bnyk soalan biologi and isu semasa..
mujur mlm sebelum exam aku ada google sdkt sbnyk tentang isu semasa.
seksyen B pula soalan mengenai minat,di jdikan cerita aku dah jawab kesemua soalan seksyen B time tu but i forgot to submit it bcoz rush ke dewan untuk sesi penyerahan PTPTN..i dun know why camne aku leh forgot utk tekan button sumbit...sbbnya adlah time aku jawab test tu on laptop aku guna hotspot handphone aku..so aku bring handphone tu sekali ke dewan..aku lupa yang laptop aku bukan connect dengan wifi but hotspot.so when handphone gone,tenet pon gone laa..
masa kat dewan baru aku teringat..
so dalam hati time tu mungkin kali nie still bukan rezeki aku lagi...dengan perasaan yang sebak..
but fortunately,bila aku check keputusan on9 test aku LULUS..
alhamdulilah..
tapi aku ada baca bnyk comment yang tak puas hati oleh calon2 sbb xdpt jawab disebabkan seksyen B tak muncul di screen..feel sorry for them..perasaan kecewa tu xdpt digambarkan..
mungkin belum ada rezeki lagi untuk mereka
 ,.
kali pertama dan ke2 dipanggil temuduga aku hanya dapat jawatan utuk latihan jururawat.
tapi pada kali ini aku dapat 7 jawatan
iaitu :
1.Latihan penolong pegawai perubatan
2.Latihan jurupulih perubatan cara kerja
3.Latihan juru teknologi makmal perubatan
4.Latihan juruxray
5.Latihan Jururawat
6.Latihan jurupulih anggota
7.Latihan penolong pegawai farmasi


so dalam borang yg perlu isi utk interview.dia suruh pilih 5 jawatan yg kita betul2 minat daripada jawatan y tlh ditawarkan.

so aku pilih no 1,4,6,3,7
atas cadangan oleh family aku.aku tak pilih jururawat sbb aku tau rmai yang akn mintak jawatan tu and 1 thing aku tak berapa minat jwatan jururawat..hehe


for this time,aku azamkan diri untuk betul2 buat persediaan.jangan ulang kesalahan y pernah aku lakukan pada interview2 y lepas..sbb dlu aku redah jer p interview tanpa apa2 persediaan.
rsa menyesal sgt..mungkin salah 1 faktor aku gagal.

ok disebaban interview tu jatuh pada hari khamis, dengan berat hati aku terpaksa skip kelas..aku naik bas dr Klang sentral pd 28hb 8.30 mlm...sebelum naik bas tu aku mghadapi beberapa dugaan yg menguji tahap kesabaran aku..

*kasut hitam aku kena curi.
*aku berselisihan faham dengan member
*surat beranak hilang
*aku deman,batuk dan selsema 
*scrin laptop pecah sbb jatuh dr atas almari


semua tu berlaku 2 hari sebelum aku bertolak pulang ke kampung..
seriously rse betul2 down ditambah lg faktor aku xberapa sihat..

tapi aku kuatkan diri dan cekalkan hati even dugaan dtg betubi2 sbb aku bukan hanya mebawa harapan aku tp bersama2 harapan family ..

so aku sampai ke kg  pd pukul 4pagi, abah setia menungu aku..
so smpai ke rumah aku berehat seketika sebelum bertolak ke kota bharu pada pukul 8pg disebabkan mahu settle kan surat beranak aku di kota bharu,aku tidur semalam di rumah kakak aku di pengkalan chepa disebabkan jarak dr umah aku ke tempat temuduga memakan masa 2 jam.
so tak nak rushing pd hari kejadian..korang bayangkan betapa letihnya aku..

malam tu demam aku datang balik cepat2 aku telan ubat sbb xnak melarat..
my mum and sis sentuh dahi aku and rasa badan aku sgt panas n my sis ckp boleh ke aku g interview dgn keadaan macam..
tapi kuasa TUHAN 
wlaupon semua said aku demam tapi alhamdulilah aku tak rasa penat,penim mahupon tak sihat.
TUHAN kuatkan sistem tubuh badan aku..
utk esok baju krung,tudung n kasut semua ak bedal y kakak aku punya..hehe


aku ada buat bnyk nota and google beberapa isu semasa terutama tentang kesihatan..

1)kabinet menteri malaysia
2)kabinet kementerian kesihatan
3)pengarah kesihatan negeri Kelantan
4)slogan kementerian kesihatan
5)penyakit berjangkit
6)pyramid makanan
7)tugas2 setiap jawatan
8)uniform setiap jawatan
9)isu semasa yang melanda negara

yang paling penting practice cara memperkenalkan diri in english and also in malay.
sbb mse interview y lepas di suh perkenalkan diri dlm english..

pantang larang semasa sesi interview:

1)pakai baju kurung yang warna plain maksudnya corak2 y tak berat..
2)pkai tudung bawal..xyah laa color2 blocking sgt dan tak yah laa korang pakai shawl y kena belit2 tu sbb it show how formal u are..mcm pelik jer ayat aku tu..haha..paham2 jer laa..
3)pakai kasut bertutup please no sandal,.
4)datang awal.sbb ble kita datang lewat boleh menyebabkan kita hilang fokus dan jd kalut malut that time.
5) don;t speak loghat xkira laa loghat kelantan ,kedah,terengganu or so on..guna malay standard language.even panel ckp dengan korang in loghat sbb kadang2 diorang nak uji korang.
6)be cool.

Dalam bilik menunggu..

total calon hari tu 20+..
aku calon number 6..
semasa menungu giliran aku,aku ada laa beborak dengan colan2 lain utk kurangkan nervous ada akak tu umur dah 24 and she has master..see betapa rmai y desperate looking jobs in sektor awam..
kebanyakn yang hadir still belajar n dah keja ..
mmg tak dinafikan agak gementar ditambahkan lagi tengok calon2 lain..
aku harap sgt2 aku xbatuk ble interview sbb aku ada mslh batuk y teruk masa tu..
alhamdulilah sepanjang proces tu ak tak batuk mahupon terbersin..
ye laa tak kan interview pasal kesihatan tp aku ad mlsh kesihatan..tak kan mcm pelik bunyinya tu..

TING..!!!

ok now giliran aku dengan lafaz Bismilahirahmanirahim..
aku ketuk pintu..tok!!! 3x
buka pintu ..nampak 2 orang panel, dua2 lelaki melayu..
serahkan segala dokumen dan sijil2 kat meja n duduk di kerusi dengan posisi tegak dan konfiden wlaupon dlm hati TUHAN jer ya tau..jantung berdenyut 200km/jam..haha

  1. first dia suruh aku perkenalkan diri in malay..(fuhh lega in malay)


Nama saya..........................saya berasal dr kampung ............kuala krai Kelantan.berumur 21 tahun.ini adlah kali ketiga saya menghadiri sesi temuduga separa perubatan.saya anak kelapan dari 8 orang adik beradik.saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam diploma pengurusan perkhidmatan makanan lulusan UITM Dungun,Terenganu.saya seorang yang aktif dlam pelbagai program sperti pernah menyertai perkhidmatan KRS perngkat negeri,menyertai pertandingan bola jaring,bola baling ,catur,sbagi kontinjen kelantan perkhemahan wilderness adventure,dan mewakili uitm mendaki gunung stong,ayam dan bahar selama 5 hari..based on this,saya percaya  seseorang calon bukan sahaja perlu mempunyai kelebihan dari segi akademik malahan dari segi fizikal kerana semasa berkhidmat utk negara,bangsa dan agama kita perlu kekuatan fizikal serta mental untuk menghadapi pelbagai situation yang berbeza,itu sahaja dari saya..terima kasih

    2.''ya ..........,awak dah ada diploma in perkhidmatan makanan apa yang mebuatkan awak still memilih sektor ini sebagai kerjaya awak?''..(panel ckp loghat kelantan dgn aku,tp ak still jwab in malay standard)


    3.  ''cuba awk berikan contoh penyakit2 yang boleh berjangkit?''
-kuku kaki dan mulut,ebola..

    4. ''ok berdasarkan jawapan awak mengenai penyakit ebola tadi cuba terangkan tentang penyakit ebola''..(mujur semalam aku ada hafal pasal penyakit ni)

    5. ''apa jawatan2 yang disandang oleh awak semasa di sekolah''?

    6. panel 1  : berdasarkan qualification awak dalam bidang pemakanan,  lebih baik kalau awak      dapat latihan jurupulih kesihatan.pernah dengar pasal jawatan ni?
        aku        : ya.saya pernah dengan jawatan ini tapi saya tak berapa jelas akan skop tugasnya
        panel 1  : jawatan ini ada melibatkan tugas pasal inspect quality of makanan dan saya rasa          jawatan ni sesuai dengan awak.
        aku        : ok..tapi malangnya saya tak dapat tawaran untuk jawatan tu.
        panel 1  : itu laa..tapi tak apa kita fokus pada jawatan yang awak dapat ini..so pilihan pertama awak penolong pegawai perubatan (PPP).kenapa awak pilih  jwatan ini dan terangkan                         skop tugas PPP. 


7.''seterusnya,based on ur diploma..apa yang related antara diploma awak dengan tugas PPP''

8.''ok terangkan pada kami tentang pyramid makanan''

9.''siapakan memegang jawatan sebagai setiusaha negara? Datuk Farida bt Ali

ok terima kasih..................itu sahaja soalan dari kami..masa aku nak ambik fail aku.panel 1 tu ada ckp kat aku ''saya boleh ambik awk jadi penceramah ni"..aku tergelak dlm hati ''aku ckp bnyk sgt ke tadi"..then aku jawab kali nie saya betul2 buat persediaan secukup2 nya..
terima kasih encik..


itulahh antara pengalaman awl sampai akhir ...panjang lebar kan..hehe.result dapat tahu on 8disember 2014..doakan aku berjaya kali nie...


gud luck untuk korang yang sama mcam aku y tgh tgu result and for those y akan mghadiri temuduga..


bye2..sayonara..(' ',)



pic otw ke pusat temuduga..











Khamis, 9 Oktober 2014

One little tears drama jepun

kematian..
adalah perkara yang pasti akan berlaku pada setiap insan yang bergelar makhluk tuhan.
manusia mahupun binatang pasti akan menemui ajalnya,
ya allah betapa takut nya ak mghadapi kebenaran y bakal terjawab nnt...

ada satu drama jepun yang sangat menyentuh kalbu dan memamparkan bnyak pengajaran dan nilai-nilai murni.
pgakhiran siri telenovela y sering dtayangkan di kaca tv  selalu nya 
berakhir dgn apy ending..right?
Namun ia berlaku sblknya pd khdpn realiti manusia dimana kisah duka seseorang
selalu nya berakhir dgn kesedihan contoh kematian...
misal seorang gadis ini dikenali sbg A mghidap sejenis penyakit
yang bakal membawa kpd kematian secara perlahan ..
ia amat menyedihkan
namun apakan daya kita iyu semua ketentuan ILAHI
ak pernah teng0k 1 siri drama dr jepun 
title "i 1liter tears"...
this drama membuatkan aku mengalirkan air mata 
sadis kisahnya dimana seorang gadis y berumur dlm lingkungan belasan tahun
seorang y aktif dlam sukan bola keranjang ,ceria,comel n mempunyai keluarga y bhagia
tiba-tiba kebahagiaan dia diragut secara tiba2
bila dia disahkan menghidap penyakit saraf
dimana setiap ketika badan nya mulai tidak
berfungsi seperti biasa..
mula2 pergerakannya mula tidak seimbang /x stabil..
kemudian tutur kata mula  kurang difahami..
idupnya yang dulu disinari dgn sinar kebahagian mula bertukar menjadi igauan ngeri 
kpdnya n keluarga...
dia bertukar menjadi gadis y senyap dan pendiam dlm sekelip mata...
takdir seseorang telah ditentukan berbeza...
s0 pengajaran y dapat disimpulkan bahawa
sekiranya kita atau orang yang rapat dengan kita
menghadapi musibah
kita mestilah kuatkan diri untuk terus bertahan hidup
dan cuba menggunakan sisa2 hidup ini
dengan perkara2 yang berguna
tapi ingat mati tidak mengenal usia,masa mahupon darjat .



TIPS FOR SPEAKING TEST MUET

Assalamualaikum...

ok hari nie terdetik hati nak cerita pengalaman aku menduduki speaking test muet.

tanggal 9/10 di smk Sultan Yahya Petra (SYP1)..gementar tu pasti ada ofcourse laa sebab dah hampir 2 tahun aku tak practice muet nie..dlu time diploma aku ada lah practice ngn kawan time kelas..so ditambah lagi dengan faktor2 tertentu spt cuti y agak lama mnyebabkan aku dah lupa segala-galanya tentang muet...hehe

test aku pagi-pagi buta lagi 7.30 pagi..so aku gerak dari umah 6.45 pg sbb jarak dari umah aku ke sekolah tu hampir 15- 20 minit.
bukan main susah lagi aku cari dewan untuk test muet hampir 10 minit aku duk tawaf sekolah tu naik basah ketiak aku nie..
dengan bantuan adik2 kat sekolah tu aku akhirnya jumpa juga bilik exam.

ok nnt kat slip muet korang akn tentera nombor gilran contoh MD500/3002.number tu penting sebab mewakili turn korang n sape group korang.Alhamdulilah aku dapat group pertama /candidate b.

ok aku ada lah tips simple2 jer untuk hilangkan gemuruh korang..aku tau tahap gemuruh pasti akan naik mendadak 200%.

speaking test ada 2 task which is ;
 task A (individual_2minit)                                      
 task B (discussion_10 minit)

TASK A

1.korang  kalau ada masa google sample2 article or tips2 yg berguna nnt.

2.practice cakap omputih dekat depan cermin.so korang akan nampak mimik muka korang ble present.body language pon penting supaya kita akan sentiasa nampak konfident @yakin.

3.malam sebelum exam pastikan slip muet and ic dah ada lam beg.kertas dan pensil dia sediakan so xyah laa korang bawak pensilbox korang y besar gedabak tu.

4.tidur awal n tak payah pikir sgt in syaa Allah semuanya akan baik2 sahaja.

5.ok bila dah masuk bilik menungu nnt pengawas akan mintak korang sign n tulis nama mengikut nombor giliran.time tu laa korang boleh tau siapa yang akan group dengan korang.

6.banyakan selawat.

7.dalam bilik exam akn ada 2 examiner.ambil tempat korang make sure korang duduk ditempat sepatutnya.akn tentera kat atas meja candidate A,Candidate B,candidate C and candidate c.

8.kat atas meja akn kertas soalan,A4 paper,pensil2B,and pemadam.

9.ble pengawas tengah bagi arahan time tu laa korang kena curi2 baca soalan dah on the spot pikirkan point2 yang dapat korang explain jap ag.

10.pengawas akan bagi korang masa 1 @ 2 minit untuk ko cari point.

11.pastikan korang hanya tulis point2 penting.tak yah tulis panjang2 sbb masa mmg tak akn cukup.

12.ble masa dah tamat korang kena juga dgr point2 dr candidate lain untuk digunakan time task b.

13.ble tiba turn korang.mulakan hujah dengan introduction.
contoh: Assalamualaikum and very good morning to all examiners and fellow candidates.according to situation given i would like to..................
i have a few reason to justify my point which is..................

14.pastikan suara korang kuat,jelas dan yakin sebab semua tu markah ya.

15. pastikan korang cakap tak berhenti sehinggalah tamat masa korang.

TASK B

1.pengawas akan bagi masa 1@2 min untuk korang make point utk discussion nnt.

2.gunakan point2 candidate lain supaya nnt korang dapat bahaskan samada agree or disagree with other candidate lain.

3.peluang yang bagus untuk korang kalau korang yang memulakan perbincangan tu sbb nnt akan nmpk yang korang tu lebih yakin drpd candidate lain.

4.nasihat aku pada permulaan hujah korang state dlu dgn point korang.phtu bila korang dah habis beri hujah korang minta pula candidate lain untuk sambung.
contoh..do you want add anything candidate c?
            don't u think so candidate A?

5.kalu nak mencelah, gunakan ayat yang sopan.
contoh: may i interrupt for this discussion

6.kalau disagree,korang boleh guna ayat.
contoh : i am afraid to tell u that i disagree with ur point
             i'm sorry but i think ur point is unclear

7.nnt salah sorang dr candidate akn conclude kan which point are the best.


itu sahaja tips yang aku mampu curahkan..maafkan sekiranya ada ayat2 aku yang korang kurang paham atau kurang tepat.kalau kurang jelas korang boleh rujuk mana2 blog lain y dpt beri korang info2 yang lebih tepat dan berguna.

wish best of luck for u guys y akn menduduki speaking test.

last but not least ..YAKIN PADA DIRI SENDIRI..^~^












Rabu, 23 Julai 2014

TESTIMONI BABIES BLINK PINKISH SKINCARE

Assalamualaikum sedagher sadaghir sume...

dear diary..
hari ini aku nak share something berkaitan dengan produk kecantikan..seperti mana yang kita tahu pada masa kini terlalu banyak lambakan produk kecantikan di pasaran sampai kan kita confuse nak pakai yang mana satu kan..

aku bukan nak promote mahupon buat iklan tak berbayar dunworry apa yang aku cerita sumenya kisah benar melainkan yang benar-benar belaka..i not seller or dealer produk2 kecantikan ni.
nak diceritakan aku dilahirkan didunia ini dengan kulit yang tak begitu cerah lebih jujur disebut 'gelap'.hehe
aku kalau korang tak percaya kat bawah nie ada gambar aku sebelum:






                                                     
nie pertengahan tahun 2013..masa nie aku semester 5.kalau korang perasan ada tompok-tompok hitam kat muka tu disebabkan cuti semester yang lepas aku dijangkiti chicken pop (adusss seksa y teramat sangat)..tu laa kesan-kesan darinya.syukur kesan2 chicken pon lebih banyak kat badan berbanding di muka..muka kan aset yang sangat berharga..nanti turun laa saham ambe..huhu..seriously muka aku agak teruk time tu dengan kulit kusam,gelap,dan parut2 chicken pop.arghhh stresss..sapa yang tak nak kulit lawa oiiii...

masa tu juga aku ada laa consume supplement aurawhite tapi aku tak ambik dengan konsisten sbb aku nie jenis yang malas.dan awal tahun 2014 aku adalah terbaca kat facebook ramai yang shared tentang ..

''BABIES BLINK PINKISH''


RREATMENT MAGIC NIGHT CREAM
☆ Menghilangkan jerawat
☆ Memudarkan parut-parut jerawat & parut hitam
☆ Menggebu & menghaluskan kulit
☆ Mencerahkan kulit seawal 24jam
☆ Kulit lebih pinkish & kenyal
☆ Mengecilkan pori ~ sesuai untuk semua jenis kulit
***Boleh juga disapukan di bibir untuk mendapatkan bibir yg pinkish
***Dari anak gadis seawal 12tahun boleh untuk menggunakan Babies Blink Set

ANTIBIOTIK DAY CREAM
☆ Mencegah pertumbuhan jerawat
☆ Meresap minyak di muka menjadi lembapan~kulit bebas minyak
☆ Mengawal pori-pori dari tersumbat
☆ Membuatkan kulit segar & berseri
☆ Memberi perlindungan penuh dengan SPF35
☆ Sesuai untuk semua jenis kulit ~ sensitif,jerawat,berminyak& kusam

SUPER GLITTER WHITE
☆ Mematikan jerawat
☆ Memudarkan jeragat
☆ Mencerahkan kulit
☆ Memberi kulit kelihatan putih bersinar

BOTOX GLOW SERUM
☆ Memperbaharui dan memperbaiki sel kulit rosak
☆ Menganjalkan kulit muka
☆ Kesan glowing yang ketara
☆ Merawat kesan parut dengan pantas

sekarang dah keluar keluaran baru iatu babies blink pinkish limited edition yang pasti lagi power..habis jer skincare nie nak cuba yang limited edition ni plak..ramai yang dah puji cakap skin aku dah nak lebih cerah dan parut pon makin pudar..juz jerawat2 comel jer yang suka hinggap kat area dahi..
Ok dah tengok kan benefit dia.banyak kan..so nie aku belanja ckit gambar latest aku..yang membuatkan aku sedikit teruja sambil lompat2 atas katil dengan kesan dia...haha..sory terover sikit..jeng jeng jeng




nie gambar tanpa make up ye and tak edit..

ok laa selamat mencuba pada sesiapa yang bakal cuba...apa2 pon terserah pada anda sendiri untuk menilai nya..




too be continue...
aku update my latest pic with other product...

bye2...sayonara..saranghae...

Rabu, 16 Julai 2014

RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
aduss kangen bangett sama ini blog (gedis cakap indo plak kan..)..sudah hampir 2 taun lebih aku tidak menjenguk blog nie..mesti dah bersarang kan tambah lagi dengan debu-debu..

sempena bulan ramadhan yang mulia ini aku mau share sama korang semua resepi puding trifle..sangat mudah dan simple..

BAHAN-BAHAN

kek swiss roll or pound  (ikut laa perisa apa nak guna)
4sudu besartepung kastard
1susu cair
1tin air
kristal jelly nona
1tin mix fruit
7 sudu besar gula

CARA-CARA

potong kek pound dan susun di dalam bekas.susun rapat2 and pastikan tiada ruang-ruang kosong supaya puding kita akan menjadi cantik.letakan sedikit sahaja air buahan dalam tin keatas kek supaya kek sedikit lembab.



next,adunan ke2..letakan 4 sudu tepung kastard dan 1 tin susu cair n 1 tin air kedalam periuk..sedikit gula..ikut citara masing suka manis letak gula banyak ckt..depend..
panaskan diatas dapur sambil menggunakan whisk.kacau sehingga adunan menjadi sedikit likat atau bila dah nampak buih2 kecil yang comel.tutup api .


then,,,curahkan adunan ke 2 keatas kek ..


selepas itu,..taburkan mix fruit keatasnya..


akhir sekali..curahkan jelly nona (ikut step y dah ditulis kat blkg kotak) yang telah dimasak ke atasnya...



ok dah siap..simpan dalam peti sejuk..makan sejuk2 sgt2 sedap..yummy3...selamat mencuba..

<a href="http://www.hypersmash.com/dreamhost/" id="Gj000">visit page</a>



Isnin, 18 Jun 2012

"I Won't Give Up



Hmmmm ... Hmmmm ... Hmmmm ... Hmmm ...

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

BY JASON MRAZ..

Ahad, 17 Jun 2012

ak nak cuba..

ak nak cuba jd kuat n terbaik tuk org len tp ak x yakin dgn diri ak ini..
sebab sekuat mne ak mencuba ia tetap x berhasil..

sekuat mne ak mel0mpat akhirnya jatuh jgak..
sekuat mne ak berlari dictu jgk ak akn tersadung..
sekuat mne ak sembunyikan kelemahan ak akhirnya org len dpt hidu..
sekuat mne ak cube mengejar kejayaan pasti ianya mulai menghindar..

ak xtau ape lagi y bleh ak arapkan dari diri ini..
mgkin ak blom temui sinar cahaya y sebenar tuk ak..
tuk jd manusia y bermaruah suatu ari nnt..
dimana tidak lagi manusa2 memandang ak hanya sebelah mata
tapi memandang ak menggunakan dua belah mata
mgkin esok..
mgkin lusa..
mgkin tahun dpn..
mungin dan mungkin..

kerna hanya TUHAN y mengetahui jawapan nye..
ak hanya seorang insan y mampu ..
menungu..menungu dan terus menungu
smpaikan ak menutup mata buat slama-lamanya..
mungkin disitu baru manusia2 lain menemui kekuatan ak y sebenarnya..






WASALAM DARI INSAN YG LEMAH..


Sabtu, 16 Jun 2012

kalaulah kau tahu sahabat.

Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.

sahabat..
kalau lah kau b0leh dgr rintihan aty ak ini..
tp smpai ble2 p0n kau x tak kan mengerti..
kau lah org pertama y ak tegur time first class..
dan skang ini menempuhi our last pertemuan...

kalau kau xde wahai sahabat
sape y nk teman ak lepak2..?
sape y nk g kls sme2 ngn ak..?
sape lagi nk nk g blk kg ngn ak ...?
sape lagi nk bergurau biawak,kerbau,lembu ngn ak..?
sape ag nk dgr rintihan ak..?
sape ag nk balik kg sme2 ngn ak..?
sape ag nk gila2 ngn ak kat kitchen..?

kalau laa kau tahu ..
ak menintiskan air mata kerna kau..
ak x leh nk bygkan keadaan ble kau x de...

b0leh x ak minta permintaan y sgt2 mengarut..??
bleh x kau still stay kat cni ngn ak...
i need u...
urmmm ak tau perkara cam ni x kan terjadi..
lupakanlah!!

s0 ape2 p0n ak m0hon beribu2 kemaafan sekiranya..
ak pernah buat kau terluka tp 
percaya lah itu bukan niat ak..

ucapan terakhir....
ape2 p0n ak ucapkan gudluck di tmpt baru..
m0ga2 kau dpt sesuai kan dri..
sem0ga persahabatan kte kekal abadi...

wahai sahabatku Hazawanie Effendy










sian wanie muka abis c0mot..sowy..hehe


aku sayang kau ketat-ketat..
SARANGHAE MUAHH...(' ',)

Ahad, 1 April 2012

ak somb0ng ke ??



bukan ak nk sombong sbnrnya tp entah lahh..ketogeri PEMALU kot...
kebnykan org mmg akn ckp ak nie sombong...
but actually ak nie xtau cara tuk berhadapan ngn org y ak jarang berckap...
ble ak dikelilingi  ngn org y krg rpat ak lbh suka tuk menyendiri ..
for people like my family /fwen y dah kenal ak lame pasti akn ckap sbalik nya..
sowy pd sesape y ak ters0mbong tu bukan niat ak sbnrnya..
lau korang kenal lama ckt ngn ak mst korang ok puye...
juz bg ak ckt mse tu kenal ngn korang..
xkenal maka x cinta..ya dopp..??




Selasa, 13 Mac 2012

Yap ini adalah sebagian fakta2 Kyumin yg lain kenapa admin benar2 meyakini mereka itu REAL, ok langsung az.

1. Mata



Kata orang mata tidak pernah berbohong. Kata2 ini sangat sesuai untuk KyuMin.
Mata Kyuhyun akan selalu bisa menemukan sungmin dimanapun dia berada bahkan disaat ramai sekalipun. Pandangan kyuhyun terhadap sungmin terlihat berbeda dan penuh perasaan. Lihat saja beberapa fic n vid yg ada, bila kyuhyun sudah memandang sungmin maka sulit untuknya dapat berpaling dan Kyuhyun akan bertahan lama memandang Sungmin begitupun sebaliknya. Mereka juga terlihat curi2 pandang satu sama lain dalam suatu kesempatan. Apapun yg Sungmin lakukan tidak akan pernah lepas dari pandangan Kyuhyun dan setelahnya Kyuhyun akan tersenyum.
*Inilah yg benar2 membuatku yakin KyuMin itu memiliki perasaan melebihi seorang saudara, keluarga, sahabat n pertemanan*

2. Holding Hands



Di setiap acara apapun disaat kyumin bersebelahan maka mereka akan berpegangan tangan dengan erat dan kyuhyun paling suka menggandeng tangan sungmin.

3. Kembaran barang




Kyumin terlihat memiliki barang yg sama entah itu cincin, kalung, jam, pakaian atau yg lainnya. Namun ternyata kyuhyunlah yg sering meniru barang2 yg sungmin beli sehingga mereka banyak memiliki barang yg sama. Ini terlihat saat fancam KyuMin n EunWook saat syuting suju M di sebuah night market di Taiwan. Sungmin membeli kaos kaki berwarna putih hitam saat kyuhyun melihatnya maka kyuhyun meminta sang penjual untuk menukarkan kaos yg dibelinya agar sama dgn milik sungmin. Begitupun underwear yg merka beli kyuhyun juga berusaha membeli yg sama dgn yg dibeli oleh sungmin. *ck oppa dirimu kaga kira2 ya dari luar mpe dalam maunya samaan mulu #plakk*
*tpi jgn2 malah barang2 yg lain itu malah barang yg kalian pake bersama lagi kekeke, mencurigakan nih…..*

4. Butt



Kyuhyun sangat suka menepuk pantat sungmin kapanpun ada kesempatan, bahkan disaat mereka perform no other secara livepun kyuhyun mengambil kesempatan untuk menyentuh buttnya sungmin *dasar evil pervert kekeke*

5. Musical



Kyuhyun dan sungmin berakting di musical, disaat sungmin akan tampil dimusicalnya kyuhyun datang untuk menonton dan memberikan dukungan begitupun sebaliknya saat kyuhyun yg tampil pada musicalnya sungmin datang menonton dan memberikan dukungannya untuk kyuhyun.

Saat Sungmin di interview untuk musicalnya Jack the Ripper
v  Apa reaksi dari anggota Super Junior pada penampilan Anda dalam musikal?
Sungmin: Semua orang mengucapkan selamat kepada saya. Terutama Kyuhyun yang paling mendorong saya. Saya tidak tahu apakah itu karena dia sedang melakukan The Three Musketeers.
Source: Seoul Newspaper
Translated English by Minnie @ SUJUISM.BLOGSPOT.COM
Trans INDO by: heeteuk@SFPI http://www.facebook.com/SungminForPUMPKINindo

Bahkan kedua agen musicalnya melakukan perjalanan bersama dalam rangka mengakrabkan diri satu sama lain.

6. Sungmin sangat perhatian terhadap kyuhyun




Pernah suatu saat pas Dream Concert 2010, mic punggung Kyu lepas sungmin langsung berjalan ke arah kyu dan memasangkan lagi mic itu di punggung Kyu!
Disaat yang lain memarahi dan membalas kejahilannya hanya sungmin yg diam dan tidak ikut2an menjahili kyu.
Sungmin akan menasehati kyuhyun tentang kelakuan jahilnya hanya disaat mereka berdua dan sungmin sangat memanjakan kyuhyun, itulah sebabnya kyuhyun sangat menyayangi sungmin.
Pada saat super junior akan tampil di acara Mnet menampilkan lagu tic toc saat itu kondisi kyuhyun sedang tidak baik namun dia begitu senang bisa tampil bersama. Sungmin dengan setia duduk disampingnnya dan merangkulnya serta menghapus air mata kyu yg keluar dan tetap didekatnya bahkan saat mereka turun dari atas panggung.

Saya tidak pernah berpikir KyuMin yang akan duduk bersama-sama di pesawat. Ketika tiba waktunya untuk turun pesawat, Kyuhyun masih terlihat mengantuk. Sungmin, yg duduk di sebelah kyuhyun menyikutnya dg pelan, lalu perlahan-lahan Kyuhyun membuka matanya dan tertidur lagi. Sungmin memanggilnya lagi dan perlahan-lahan beringsut mendekat, dia mencondongkan tubuhnya untuk benar-benar dekat, dan berbisik dengan lembut kepadanya. Benar-benar lucu. Kemudian Kyuhyun akhirnya bangun.
By vincent是曺圭贤的汤 / Trans by @MinBunny

Saat super junior sedang dibandara dan ingin pergi ke jepang saat itu kondisi kyuhyun sedang sakit dan sungmin bersama sang manajer setia di samping kyuhyun untuk menjaganya bahkan saat sungmin sudah terlebih dahulu cek tiket dan passport dia tetap menunggu kyuhyun yg ada dibelakang kemudian berjalan bersama.
Ini juga terlihat pada saat Mini Drama disaat itu sungmin n eunhyuk adalah leader dari masing2 grup dan orang yg pertama kali sungmin pilih adalah kyuhyun dan dia tidak memperdulikan teriakan protes dari member lain, baru setelah itu dia memilih shindong. Hei kalau mereka tidak ada apa2 atau bahkan awkward kenapa sungmin tidak memilih ryeowook atau yg lainnya saja.

7. Duet



Mungkin Kyumin tidak seperti haehyuk/Eunhae yg sering berduet khusus bersama dlm satu lagu penuh, Kyumin terlihat berduet saat menyanyikan lagu suju bersama member yg lain. Saat SS2 Kibum tidak bias ikut karna focus dlm acting drama maka partnya di lagu Shappire Blue digantikan oleh Kyuhyun yg berdekatan dgn Part Sungmin. Saat menyanyikan bagian Kibum, Kyuhyun menunjuk Sungmin sambil memandangnya begitupun sebaliknya saat menyanyikan partnya Sungmin memandang Kyuhyun.

Tidak hanya saat itu saja bahkan di concert KRY di Nanjing saat menyanyikan lagu Angel dgn lyric “Baby need your Love Love Love” Kyuhyun selalu menunjuk Sungmin seakan mengatakan isi hatinya yg sebenarnya pada Sungmin. Padahal waktu itu orang tua Kyuhyun sedang menonton.

Saat Suju menjadi bintang tamu di sebuah stasiun radio kyumin berduet menyanyikan lagu "Because Of Love" dgn diringi oleh gitar Sungmin. Begitupun saat Kyumin n Yewook bernyanyi bersama yg berjudul "Sad Fate" dlm sebuah acara, terlihat Sungmin yg memandang Kyuhyun saat sedang bernyanyi dan menyanyikan bagian Kyuhyun tanpa suara.

yah selesai sudah fact KyuMin part III ntar bakalan ku lanjutin lagi jadi tunggu az part IV-nya ^^

NO COPAS TANPA IZIN..... Tolong hargai saya yg menulis ini ^^





INI SUME DR SUMBER Y DIKENALI ..